Wednesday, July 30, 2014

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri pada semua umat Islam dan khas untuk semua Anak Didik saya dan juga sahabat handai dimana jua anda berada. Saya ingin mengambil kesempatan di Hari yang Mulia ini untuk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf pada semua atas apa jua kesilapan dan kekurangan yg datangnya dari diri saya dan juga ahli keluarga saya  dalam kita menjalinkan persahabatan.Jika ada kata-kata dan tingkahlaku yg menyinggung perasaan harap dimaafkan.

Alhamdulillah..Ramadhan dan Syawal kali ini adalah paling istimewa bagi diri saya secara peribadi kerana Allah telah memberi saya satu Kurniaan Maha hebat pada kami sekeluarga apabila saya diberi peluang, masa dan kemampuan dari segi tenaga dan wang ringgit untuk menjaga sepenuh masa kedua orang tua saya yg sedang sakit ketika ini! Ayah diserang sakit angin ahmar terlantar tak mampu bergerak selama 8 tahun..ibu yg selama ni menguruskan ayah pula tak mampu berjalan di awal Ramadhan dan terpaksa menggunakan kerusi roda utk bergerak!

Kini tugasan menjaga ibu ayah saya ambil sepenuhnya dan inilah KEPUASAN yg TIDAK TERNILAI saya rasakan dan saya sangat bersyukur kerana memiliki peluang hebat ini utk berbakti pada kedua orang tua disaat mereka MEMERLUKAN saya!

Saya tidak dapat bayangkan jika di saat ini saya masih mengeluh penat bekerja makan gaji...masa yg terhad...kewangan yg tak stabil...tekanan kerja yg begitu membebankan serta ketidakpuasan hati dengan rutin harian yg cukup membosankan spt apa yg saya lalui selama 15 tahun bekerja makan gaji...

Jangan salah sangka plak...saya tak kata keje makan gaji tak bagussss...saya cuma berkata apa yg saya lalui selama 15 tahun makan gaji cukup memenatkan saya dan TINDAKAN saya MEMULAKAN LANGKAH AWAL utk BERUBAH dan mengejar IMPIAN utk MEMILIKI KEBEBASAN MASA dan KEWANGAN akhirnya KINI TERBUKTI tidak sia-sia!

WALAUPUN diperingkat AWAL saya DISINDIR..IMPIAN saya diperlekehkan kawan sekeliling ..NAMUN segalanya kini cukup BERBALOI! Tiada ungkapan paling indah mampu saya ucapkan selain dari syukur Alhamdulillah pada Allah yg memberi Kurniaan yg cukup hebat ini atas segala kepayahan yg saya lalui selama ini!

Pada semua pembaca BACA dan juga Anak Didik saya yang SERIUS sedang belajar dan dibimbing utk BERUBAH...saya secara peribadi menasihatkan anda utk SERIUS dan FOKUS dengan IMPIAN HEBAT anda!  Tidak perlu kita SEMPURNA utk BERMULA...tetapi kita kena BERMULA dan BELAJAR sehingga jadi SEMPURNA dan BERJAYA! Laluilah setiap kepayahan...itulah ILMU paling HEBAT utk mencipta KEJAYAAN! Saya Doakan anda semua BERJAYA dan BAHAGIA disamping insan tercinta!

Kalau ada kawan-kawan di luar sana yg sering mengeluh dgn rutin kehidupan mereka dan SERIUS ingin BELAJAR dan DIBIMBING utk BERUBAH..jommmm...kita sama-sama berkongsi ilmu Dan pengalaman hebat kita agar  sama-sama membantu utk MENAMBAHBAIK HIDUP mereka juga!

Assalamualaikum