Tuesday, July 27, 2010

KENAPA ANDA MESTI MEMILIKI BUKU INI?


Salam Jutawan,
Alhamdulillah, Akhirnya lahirlah buku pertama hasil nukilan saya yang bertajuk "BACA"! Saya harap buku ini dapat membantu ramai rakan-rakan disekeliling saya yang mempunyai impian dan cita-cita untuk mengecap lebih banyak kejayaan dalam hidup atau sekurang-kurangnya menikmati satu kehidupan yang lebih hebat dari apa yang mereka lalui hari ini. Memang tidak dinafikan bahawa ramai antara kita ingin berubah tetapi melalui berbagai halangan dan selalunya kecewa dipertengahan jalan...Buku ini adalah sekadar satu perkongsian pengalaman tentang perjalanan saya bermula dari seorang pekerja kilang yang 'mengemop' lantai...berubah ke satu tahap yang lebih hebat sebagai Pengurus Bank dan kini bergelar Usahawan yang jauh lebih hebat dari suatu ketika dulu yang hidup bergelumang dengan minyak mesin!
Bagaimana seorang budak kecil yang begitu pasif .. pendiam sehingga ke alam dewasa kini boleh bercakap di hadapan lebih 1,000 orang dan pasti membuat semua yang hadir 'teruja'! Mungkin tidak ramai yang mengenali saya secara dekat...dan buku ini tidak saya pasarkan di pasaran...cuma pada kenalan dan rakan-rakan yang benar-benar ingin berubah dan mencari ilmu untuk dijadikan panduan dalam mengejar cita-cita mereka. Ada 100 Tips kejayaan saya yang saya kongsikan! PASTIKAN anda memiliki "BACA" dan saya pasti ia bukan sekadar satu buku Motivasi yang seperti biasa anda baca sebelum ini..ia lain dari yang lain!

3 comments:

$HuMi2@N'$ said...

Great..! Today must be better than yesterday..! Smile :-)

Unknown said...

Salam Jutawan,
Tahniah kerana bejaya menyiapkan buku hebat ini..
Buku ini yang saya lihat daripada luaran pun sangat2 hebat..
buku ini boleh dijadikan bahan rujukan seperti buku teks dalam buku sekolah menengah ataupun buku rujukan dalam kolej saya..
lagipun isi kandungan dalam buku ini akan menjadi guru dalam menjalankan industri ini..
semua tips yang ada dalam buku ini akan membantu kita untuk proses warm up dan tee up..
semoga kita bersama-sama menuju ke puncak kejayaan..

DR NIRWAN BIN OKSA said...

Tahniah Mentor Jutawan Amb Azahar,saya amat bertuah kerana telah berjaya menempah 2 buah BUKU yg TERHEBAT ini melalui Kak Rin.Saya pasti saya menjejaki langkah Amb dan berjaya dengan lebih gemilang lagi.Cepat dapatkan coretan HIDUP ORANG TERHEBAT di ALAF ini.Jadi contoh untuk berjaya.