Tuesday, January 8, 2013

2013..tahun KEJAYAAN,KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN!


Alhamdulillah…2012 baru sahaja melabuhkan tirainya.Saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya peluang lagi untuk meneruskan perjuangan hidup ini di tahun 2013 pula! Syukur atas begitu banyak KEJAYAAN yang telah saya kecapi sepanjang 2012 dan BACA juga telah mendapat sambutan yang begitu HEBAT dari insan-insan diluar sana yang begitu dahagakan kehidupan yang lebih hebat dari apa yang mereka lalui selama ini! BACA telah diulangcetak beberapa kali atas permintaan yang begitu MENAKJUBKAN dan komen-komen dari semua yang telah memiliki BACA amat MEMBANGGAKAN! Semua golongan memberikan komen-komen yang HEBAT samada dari golongan yang biasa-biasa hingga ke golongan yang berstatus Profesional! Baru-baru ni saya didatangi oleh seorang Pensyarah Matrikulasi yang telah berpengalam lebih 25 tahun dalam bidang beliau. Saya amat terharu bila beliau menyatakan keinginan beliau ingin menjadikan beberapa Tips2 KEJAYAAN didalam BACA sebagai salah MODUL untuk beliau terapkan pada semua pelajar beliau agar mereka lebih BERILMU dan BERJAYA! BACA kini semakin hebat dalam menyumbang ILMU KEJAYAAN pada semua insan diluar sana!
Alhamdulillah tirai 2013 ini saya mulakan dengan satu Anugerah Cemerlang dalam hidup saya! Terimakasih pada semua anak didik saya dan rakan-rakan yang selama ini berjuang bersama-sama saya dan sanggup lalui segala kepayahan dan rintangan dalam kita mencipta lebih banyak KEJAYAAN,KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN demin insan yang kita cintai! Anugerah ini adalah KEJAYAAN kita bersama! 
Saya DOAKAN agar tahun 2013 ini memberi lebih banyak KEJAYAAN yang kita IMPIKAN selama ini dan mengumpul sebanyak mungkin KEKAYAAN yang kita mampu cipta serta membina satu kehidupan yang dilimpahi dengan KEBAHAGIAAN dengan insan yang kita sayangi dengan penuh keberkatan di Dunia dan Akhirat! Amin.. 
                                                         "Be My Best Friend"

*bagi mereka yang BERMINAT untuk MEMILIKI BACA sebagai panduan untuk mencipta perubahan pada kehidupan yang lebih hebat dari sebelum ini..sila hubungi saya 0197177007.


                                    

7 comments:

Anonymous said...

Tahniah En Azahar.. Saya amat berbangga dgn pencapaian yg En Azahar miliki. Terima kasih kerana memberi saya peluang utk menjadi anak didik semenjak tahun 1997 hIngga kini. Alhamdulillah saya juga diberi peluang utk menjadi rakan niaga anda. Saya pasti 2013 akan menjadikan tahun yg lebih cemerlang dgn Kejayaan, Kekayaan serta Kebahagian.
~ Azie Adeeq~

Anonymous said...

Tahniah Mr. Azahar..pengalaman hidup Mr. Azahar mengingatkan saya pada arwah ayah saya malangnya arwah ayah saya tk sempat merasai dan melihat peluang ini..tp saya akan pastikn mak saya dan adik beradik saya yg lain dapat melihat kejayaan saya dlm bidang ini. Terima kasih atas kata nasihat, tunjuk ajar dan kata2 semangat...saya pastikan saya akan menjadi seorg yg terhebat...YOU ARE MY MENTOR.....

-St.Qulan

yna hermosa said...

Tahniah Encik Azahar!!! Saya sangat teruja dengan kejayaan demi kejayaan yang telah encik cipta untuk membuka minda ramai orang untuk berubah dalam memperbaiki kehidupan daripada baik kepada lebih baik. Melalui penulisan dan perkongsian yang santai memang memudahkan pemahaman saya sebagai pembaca buku BACA... Terima kasih juga kerana telah mendidik saya daripada seorang JURURAWAT yang hanya bekerja MAKAN GAJI untuk menjadi seorang USAHAWAN.... Terima kasih juga kerana telah membimbing saya dari tahun 2010 sehingga sekarang hingga saya berjaya mencapai kejayaan yang saya idam-idamkan... mudah-mudahan 2013 akan menjadi satu lagi platform untuk saya berjaya dan lebih berjaya!

Noorashiken md zain said...

Tahniah dari saya,bukan senang nak berjaya sekaligus membuka minda perubahan.Tahniah!Tahniah!

mohd firdaus sauti said...

Tahniah en azhar!! Impian sy juga mahu menjadi seperti anda..seorang MENTOR yg sangat hebat!! Sy akan berusaha bersungguh seperti anda!! Kejayaan adalah untuk mereka yang tidak pernah berhenti mengejar apa yg mereka impikan!! Sy sentiasa pegang ayat tersebut sepanjang umur sy!!

mohd firdaus sauti said...

Tahniah en azhar!! Impian sy juga mahu menjadi seperti anda..seorang MENTOR yg sangat hebat!! Sy akan berusaha bersungguh seperti anda!! Kejayaan adalah untuk mereka yang tidak pernah berhenti mengejar apa yg mereka impikan!! Sy sentiasa pegang ayat tersebut sepanjang umur sy!!

haniff said...

Syabas en. Azhar kerana berjaya menjadi seorang insan dan mentor yg hebat kepada saya dan insan2 lain..semoga dengan kejayaan en. Azhar ini menjadi satu contoh dan tauladan kepada saya dan insan2 di luar sana..teruskan usaha anda untuk menjadi seorang mentor yg hebat di masa2 yg akan datang..